Saturday, October 24, 2009

PENDAFTARAN PASTI AL FATEH


PASTI AL - FATEH.


PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESSI 2010.



VISI:

Melahirkan insan soleh melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting.



MISI:

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.



MUQADDIMAH:


Pusat Asuhan Tunas Islam atau lebih dikenali sebagai PASTI, merupakan Institusi Pra - sekolah yang berteraskan Islam. Ia menggabungkan sukatan pelajaran asas agama dan akademik bagi melahirkan murid beriman yang boleh menempuh arus zaman yang semakin mencabar.



MATLAMAT PENUBUHAN PASTI.



Matlamat AM.


Mengembalikan pemahaman masyarakat umum kepada kepentingan pendidikan Islam dan merangsang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.


1. Mengadakan pendidikan awal (pra - sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.

2. Menyediakan wadah awal pendidikan berorientasikan harakah islamiah untuk jangka masa panjang.

3. Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.

4. Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah islamiah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.



Matlamat Khas.


Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNYA dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah S.W.T.

1. Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah S.A.W.


2. Memberi galakan kepada kanak - kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah.


3. Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al Quran.




OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI.


Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.


1. Mendidik jiwa dan akal kanak - kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al Quran dan Hadith.


2. Membimbing kanak -kanak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderung melakukan makruf serta meninggalkan mungkar.


3. Melatih kanak - kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al Quran, doa dan zikir.


4. Memberi pengetahuan kepada kanak - kanak asas - asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan mambaca, mengira, menulis dan menghafal.



PENDEKATAN.


Pendekatan yang digunakan di dalam proses pembelajaran adalah bercorak ala 'montessorre' berbentuk kumpulan dengan penekanan di dalam tatatertib dan adab kehidupan seharian mengikut cara hidup Islam.



PERLAKSANAAN.


Aktiviti luaran dan permainan akan disediakan dan dianjurkan oleh Jemaah Pengurusan PASTI dari semasa ke semasa seperti sukaneka, lawatan, perkelahan dan sebagainya.


Waktu pembelajaran adalah selama 3 jam untuk sessi (pagi/petang). Hari persekolahan adalah sama seperti hari persekolahan biasa (Isnin hingga Jumaat) dan cuti am / rasmi adalah berdasarkan cuti yang ditetapkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor.



Pakaian pelajar PASTI adalah sama seperti yang ditetapkan oleh PASTI Shah Alam dan boleh ditempah melalui PASTI AL - FATEH Seksyen 23. Makanan sewaktu rehat akan disediakan oleh PASTI AL - FATEH kecuali pada hari Jumaat. Dimana para pelajar dididik untuk berkongsi makanan yang dibawa bersama rakan pelajar yang lain.



MATA PELAJARAN:

1 - AL - QURAN.
2 - Sirah Rasulullah.
3 - Tauhid.
4 - Ibadah.
5 - Peribadi Muslim.
6 - Asas Bahasa Melayu - Arab - Inggeris.
7 - Asas Tulisan Jawi - Rumi.
8 - Matematik.
9 - Kemahiran dan kraftangan seni.
10- Kesihatan dan riadah.
11- Pendidikan Sains Sosial & Pembangunan Insan.


SYARAT KEMASUKAN.


Kanak - kanak berumur 4, 5 atau 6 tahun.



PAKAIAN:

. Pakaian mestilah menutup aurat dan bersih.
. Muslimin: Baju Melayu + seluar panjang.
. Warna hijau pucuk pisang + kopiah putih.
. Muslimat: Mini jubah + seluar panjang.
. Warna hijau pucuk pisang + tudung putih.
. Kasut dan stokin putih.





PASTI AL - FATEH AKAN DIBUKA PADA:

4hb Januari 2010.
Bersamaan.
19 Muharram 1431 H.





Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:-

PASTI AL - FATEH.

No. 24 & 26, Jalan Pelabur A,
23/A. Seksyen 23,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

TEL: 03 - 55481113 / 5 (Linda)
FAX: 03 - 55411119




PERHATIAN ! PERHATIAN ! PERHATIAN !


Berhasrat untuk membentuk jiwa dan akhlak anak - anak remaja sewaktu cuti sekolah ? Sertai remaja Islam yang lain dalam kem - KEM REMAJA ISLAM



Berhasrat untuk memberikan pendidikan dan membentuk anak - anak menjadi seorang HAFIZ dalam AL QURAN ? Sila klik disini - MATQI



TERIMA KASIH